Tuesday, February 21, 2017

Sekiranya Lif ROSAK dan JATUH : Adakah anda akan SELAMAT??



Anda rasa selamat?

Anda baru saja balik dari shopping bersama kawan dan berjalan masuk ke dalam lif menuju ke apartment anda di tingkat 21. Seperti biasa rutin anda di dalam lif, bermain dengan smartphone anda sambil membelek-belek barang-barang yang baru dibeli tadi sementara tunggu lif menghantar anda ke destinasi.

Tiba-tiba bila lif menjejak ke Tingkat 13, lampu siling lif terpadam, butang tekan pula tidak memberi apa-apa respon, ada gegaran pula di sekitar Lif tu!
Alamak, ini dah macam dalam cerita hantu rancangan Astro malam tadi. Menyesal pula tengok!



Pernah terjadi?

Atau pernah bayangkan situasi di atas terjadi? Perkara seperti ini mesti menjadi igauan ngeri setiap orang terutama yang tinggal di apartment yang mempunyai lif. Setiap tahun, di United States sahaja, lif akan membawa hampir 18 bilion trip penumpang berdasarkan ConsumerWatch.com, Dan daripada jumlah itu, sebanyak 27 kematian telah dicatatkan.

Jadi, adakah anda perlu risau bila nak menggunakkan lif?


Jawapannya Ya dan Tidak!

Hehe, Jawapan saya tidak membantu kan?


Ya, kerana memang ada risiko kematian bila menggunakkan lif.
Tidak kerana risiko itu sangat-sangat rendah!
Bayangkan, 27 daripada 18 bilion, cuma 0.00000015% sahaja!


Walaupun, tiada jaminan, namun sebenarnya ada beberapa ciri-ciri keselamatan yang ada pada setiap lif. 

Sekiranya motor rosak, Brek pula akan secara automatik mengambilalih tugas. Dan kalau brek pula yang rosak, Sistem Counterweight pula yang akan diaktifkan.


Jadi, selamat ke? In Shaa Allah Selamat.


Sekiranya terjadi lif rosak, apa yang perlu anda buat? 

Mesti kita terfikir untuk lompat kan?
Tapi, Saintis dari Center for Biomedical Engineering at the Massachusetts Institute of Technology menyatakan perkara terbaik yang patut anda buat adalah, Baring rata di atas lantai sambil muka menghadap ke atas.


Ini bertujuan untuk menyeimbangkan berat badan dan mengurangkan impak kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Selain itu, sekiranya ada asap daripada kerosakan, asap akan berkumpul di bahagian atas dan anda lebih selamat berada di lantai lif.


Paling3 penting, baca Doa dulu dalam setiap perjalanan.


Kerana yang boleh melindungi anda sebenarnya Hanya Allah yang Maha Penyayang.

Semoga selamat semuanya dan Semoga menambah ilmu :)



OK? OK JER!! ;)




Sunday, February 19, 2017

Fakta Janggut : 6 Perkara Menarik yang anda tak tahu tentang Janggut!

Fakta Janggut : 6 Perkara Menarik yang anda tak tahu tentang Janggut!



Kat Malaysia ne memang ramai yang berjanggut. Banyak sebab yang mendorong seseorang rasa ingin untuk menyimpan janggut antaranya untuk kelihatan lebih matang, lebih tampan segak bergaya, Isteri/Tunang/Mak suruh, dan tak kurang juga untuk tujuan Keagamaan.

Ya, Islam sangat menggalakkan Lelaki untuk menyimpan Janggut.


Hadits yang shahih dari Nabi shalalohu'alaihi wasallam yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam shahih keduanya, dari hadits Ibnu Umar Radhiallohu'anhu, ia berkata,
'Rasulullah shalalohu'alaihi wasallam bersabda:

خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ أَحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَأَوْفُوْا اللِّحَى


"Selisihilah orang-orang musyrik; potonglah kumis dan sempurnakan jenggot (biarkan tumbuh lebat-pent.) (Al-Bukhari 5892, 5893, dan Muslim 259).



Jadi, untuk apa tujuan pon, menyimpan Janggut ini mesti ada Hikmahnya tersendiri kerana Islam sangat menggalakkannya.


Fakta-fakta terbaru berdasarkan kajian-kajian terkemuka ini akan mengejutkan anda!



Kelebihan Menyimpan Janggut


1. Melindungi dari serangan Bakteria dan Jangkitan Kuman

Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk 'menyimpan bakteria' di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut! What?? No way!! But, its the Truth!


2. Melindungi Muka dari Panas Mentari

Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya Janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu. Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas? hehe!


3. Memberi rupa paras yang lebih kacak, Ganteng, Dominan dan Lebih Aggresif

Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi Lebih Kacak, Matang dan Berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum Lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati!

Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual ne maknya lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.


Kajian mendapati :

i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.

ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab

iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu Kemenarikkan, Maskulin, Kesihatan dan Potensi menjadi Bapa yang bertanggungjawab


4. Janggut boleh tumbuh lebih tinggi dari anda!

Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda!
Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records ne!


5. Wanita pon boleh berjanggut tau!

Kalau jalan-jalan tepi pasar raya dan nampak wanita berjanggut, jangan tegur! hehe!
Janggut terpanjang yang dicatatkan oleh seorang wanita bernama Vivian Wheeler dari Wood River adalah sepanjang 10.04 inci!


6. Janggut mencetus Kasih Sayang

Pernah dengar Pogonophilia?
Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Haa, siap ada terma sendiri lagi okeh! Kau ada? hehe!


Semoga bermanfaat ya :)

OK? OK JER! ;)


Wednesday, February 15, 2017

Berpuasa : Jadikan Anda lebih Bijak!

Berpuasa : Jadikan Anda lebih Bijak!




Bagi umat Islam, kita sentiasa dekat dengan berpuasa. Kita digalakkan berpuasa sunat pada hari-hari tertentu dan berpuasa wajib sebulan dalam bulan Ramadhan bagi yang cukup syaratnya.


Firman Allah s.w.t. :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ertinya :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183)


Setiap apa yang disyariatkan dalam Islam oleh Allah s.w.t yang Maha Mengetahui pasti ada kebenaran dan kelebihannya. Satu persatu Sains dan Ilmu pengetahuan kita hari ini membuktikan kebenaran yang terdapat dalam Kalam Allah Al-Quran.

Dengan masa, kita akan akhirnya menemui jawapan hikmah dalam setiap suruhan dan amanat sebagai umat Islam.


Kajian Saintis yang terbaru tentang kelebihan Berpuasa akan mengejutkan Anda!


Otak Refresh!

Saintis dari Buck Institute menerangkan bila seseorang berpuasa, badan akan menjadi cenderung untuk menyeimbangkan nutrisi sekaligus mengurangkan aktiviti synapse di antara neuron dan sel otot.
Ini akan mengurangkan penghasilan neurotransmitter, menggunakan setiap tenaga dengan efisien dan secara langsung membenarkan otak berehat dan recharge semula! Dengan ini, otak akan menjadi lebih segar dan boleh berfungsi dengan lebih baik!
Ingat, otak pon nakkan masa untuk berehat ya.


Sistem Imunisasi yang Lebih Baik

Kajian terbaru Saintis dari University of Southern California menjelaskan Berpuasa mampu melindungi sel-sel imuniti kita.
Semasa berpuasa, sel darah putih yang bertindak sebagai askar melawan penyakit berkurangan, namun, selepas berbuka dari puasa, jumlah sel darah putih tersebut menjadi berganda-ganda lebih banyak dari sebelumnya.


Kualiti hidup yang lebih baik

Kajian yang dilakukan ke atas 220 orang lelaki dan perempuan oleh Saintis dari Pennington Biomedical Research Center, berpuasa memberikan kualiti hidup yang lebih baik.
Berpuasa dengan cara yang betul akan menjurus kepada pengurangan Kalori yang disimpan di dalam badan kita. Kalori yang kurang menjadikan urusan seharian kita lebih lancar kerana kita rasa lebih 'ringan' dan segar dan kurang sakit-sakit sendi.
Selain daripada itu, pengurangan Kalori juga mampu memberi kualiti tidur yang lebih baik dan hubungan intim antara suami dengan isteri yang lebih mesra.

Sememangnya sudah jelas dan nyata kelebihan-kelebihan yang ada kepada orang-orang yang berpuasa.


Bila mana kita sentiasa dalam keadaan ibadat seperti berpuasa, berdoa dan berzikir, kita sebenarnya mengaktifkan aktivti di Frontal Lobe otak yang menjadikan lebih tenang, kurang impulsif dan kemampuan menangani tekanan dengan lebih baik.


Jadi, dengan berpuasa kita sebenarnya mendidik diri menjadi seorang yang lebih matang dan self-control yang lebih baik bagi menghadapi dugaan dan ujian yang mendatang.

Semoga artikel ini mampu memberi sedikit Ilmu dan menjadikan setiap ibadah kita lebih berhikmah. Wallahualam.


OK? OK JER! :)




Monday, February 13, 2017

Stevia - Pemanis yang Selamat atau Merbahaya?

Stevia - Pemanis yang Selamat atau Merbahaya?


Saya kerapkali diajukan dengan soalan adakah Stevia selamat digunakan terutama sekali orang yang menghidapi penyakit kencing manis atau Diabetes.
In Shaa Allah saya akan cuba memberi penjelasan tentang isu ini.


Apa itu Stevia?

Stevia dikenali ramai sebagai satu bahan yang digunakan untuk memberi manis kepada makanan namun pada masa yang sama tidak membebankan badan dengan tekanan gula yang tinggi. Tapi betul ke kaedah ini?

Stevia tergolong dalam kategori pemanis yang bukan gula. Kebanyakannya diguna di dalam industri makanan dan minuman.

Stevia berasal daripada tumbuhan family Asteraceae terutamanya Stevia Rebaudiana dan bahan aktifnya adalah Steviol Glycosides. Bahan inilah yang memberikan rasa manis.

Asal usul Stevia ini bermula sejak 1500 tahun yang lalu lagi, yang mana digunakan oleh orang South America yang memberinya gelaran Sweet Herb. Di Brazil dan Paraguay juga digunakan secara tradisional dan teh dan ramuan herba. Di Jepun pada tahun 2006, hampir 40% bahan pemanis menggunakan Stevia.


Ciri-ciri Stevia :

1. Lebih manis hampir 100-300 kali ganda berbanding gula biasa di dapur
2. Rasa manis lambat daripada gula biasa namun kekal lebih lama
3. Tahan Panas (apabila dimasak)
4. Ph yang Stabil (apabila dalam perut)
5. Tidak terlibat dengan proses penapaian


Kenapa Stevia boleh digunakan oleh orang yang menghidap diabetes?


Lidah kita mempunyai deria rasa yang boleh mengesan rasa manis. Rasa manis ini datangnya dari Glukosa.
Steviol Glycosides ini apabila dicernakan dalam badan kita akan menghasilkan Steviol dan Glukosa. Disebabkan oleh kemampuan Stevia untuk memberikan rasa manis yang hampir 100-300 kali ganda dari gula biasa, sedikit saja sudah cukup untuk memberikan rasa manis yang memuaskan.
Jadi, amaun Glukosa yang digunakan juga adalah sedikit sekaligus menurunkan Kalori dan Gula dalam darah.
Dan lebih baik lagi, Stevia tidak dapat dicernakan oleh tubuh dan akan terus dikumuhkan (dibuang) dari badan!


Adakah penggunaan Stevia Selamat ?

Jawapannya adalah YA.

Produk yang berasaskan stevia (dalam bentuk ekstrak tulen atau highly purified) telah disahkan selamat dan diluluskan untuk kegunaan manusia sejak 1996.

Stevia adalah selamat dan baik digunakan dalam diet harian bagi mengganti penggunaan gula yang keterlaluan.

Namun, haruslah mencari Stevia yang dalam bentuk tulen atau highly purified. 


Sekiranya produk Stevia tersebut mempunyai apa-apa campuran yang lain, dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang campuran itu. Takut nanti, usaha kita nak kurangkan Gula, rupanya Campuran tambahan itu menambah semula Glukosa dalam makanan kita!


OK? OK JER! :)





Friday, February 3, 2017

Penjelasan Isu Paracetamol pembawa Virus Machupo.



Penjelasan Isu Paracetamol pembawa Virus Machupo.


AMARAN URGENT!


Berhati-hati untuk tidak mengambil paracetamol yang datang ditulis P / 500. Ia adalah paracetamol baru, sangat putih dan berkilat, doktor membuktikn mengandungi "Machupo" virus, dianggap sebagai salah satu virus yang paling berbahaya di dunia. Dan dengan kadar kematian yang tinggi. Sila berkongsi mesej ini, untuk semua orang dan keluarga. Dan menyelamatkan nyawa dari mereka ..... Saya telah melakukan bahagian saya, kini giliran anda ... ingat bahawa Tuhan membantu mereka yang menolong."


Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang berita yang mengejutkan Tablet Paracetamol mengandungi virus Machupo!

Di mana kebenarannya aduan ini?

Ubat Paracetamol biasa kita gunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa sebagai ubat demam dan tahan sakit. 

Ubat ini adalah antara ubat yang paling popular di kalangan masyarakat kita kerana keberkesanan dan keselamatannya. 


Tapi, bila kita tiba-tiba ja dengar berita begini, memang terkejut besar la!


Namun, sebenarnya Aduan ini adalah PALSU!!



Penjelasan mengenai Aduan Palsu ini.


1. Produk yang didakwa mengandungi Virus Machupo tersebut sebenarnya adalah Produk Berdaftar dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency(NPRA) bernombor pendaftaran MAL19911249XZ dengan nama AEKNIL. 
Sebarang produk yang berdaftar boleh disemak keberkesanan dan keselamatannya di laman web http://npra.moh.gov.my/

2. Warna ubat tersebut juga telah dipalsukan. Warna ubat tersebut sebenarnya adalah BIRU dan bukan putih berkilat dengan tulisan P/500.


Pihak berkuasa telah menghubungi syarikat pembekal produk tersebut JKS ADMIRAL RESOURCES dan aduan seterusnya akan dipanjangkan kepada pihak polis.



Apa pengajarannya dari Episod Viral yang tidak berkesudahan ini?

1. Jika ada lagi dakwaan-dakwaan begini, segeralah berhubung dengan pihak yang berkaitan. Antara yang sesuai dijadikan rujukan adalah terus dari web Kementerian Kesihatan Malaysia di sini :

http://www.moh.gov.my/,

Boleh juga lawat laman ketua pengarah kesihatan di sini :

https://kpkesihatan.com/


2. Nilai terlebih dahulu sebarang dakwaan. Kita sendiri boleh tahu palsunya sesuatu maklumat berdasarkan info yang diberikan, contohnya mana mungkin virus boleh hidup di atas tablet. Virus memerlukan persekitaran yang sangat sensitif untuk hidup.

3. Pilihlah ubatan yang kita kenal dengan jenamanya. Kalau jenama yang terkenal seperti Pfizer, CCM atau Pharmaniaga, In Shaa Allah tiada masalah.


Moga kita diberi hikmah dan sentiasa Alert dengan isu-isu kesihatan dan keselamatan ubatan kita.



Surat Laporan Polis

Ini respon dan salinan laporan polis yang telah dibuat. Berani kerana benar kan?

"Good day everyone!!!

There is a fabricated news spreading in whatsapp Application in intention to tarnish my company and our product reputation. We would like to highlight to you about our product authentication and the history of our company for your kind reference which we mentioned hereunder:

1. The product is already established in our marketplace for the past 45 years which is endorsed by Malaysian Ministry of Health.

2. Our tablets are blue in colour with a foil packing.

3. We embossed the product name AEKNIL on the tablet OR plain blue colour tablets. Not p/500.

Hence, the news about our paracetamol is harmful in nature is completely scam and atrocious. Police report has been made which we enclosed herewith with our authentic product picture for your kind perusal.

Police are investigating this case and legal action will be taken to those who are behind this false allegation in the intention to ruin my company and product credibility and reputation.

We will really appreacite if u could kindly viral this message to those who received this scam message.

Thanking  you in advance. 
 
Ms. Hasheena Jamal
JKS Admiral Resources 
Sole Proprietor"

Jadi, dah sahih lah memang ada unsur-unsur sabotaj oleh pihak tertentu. Semoga Tuannya mendapat hikmah yang terbaik.

OK? Ok Jer..


Saturday, January 28, 2017

Bulatan Amanjaya tarikan baharu

Air Pancuran Berirama & Kolam mandi mencuri perhatian Netizen Viral!


Orang Ipoh mesti teruja dengan pembangunan rekreasi terkini di Bulatan 18, Bulatan Meru Raya atau Bulatan Casuarina. Lengkap dengan air pancuran berirama dengan pancaran cahaya berwarna-warni!


 Pengurus Pengurusan Operasi Perniagaan PKNP, Zainal Fitri Amir berkata, selain mempunyai air pancuran dan tirai air, bulatan seluas 7.3 hektar dan merupakan yang terbesar di negeri ini itu turut memiliki Wading Pool untuk kanak-kanak mandi manda sedalam 0.6 meter.

Tambahan lagi laluan berjoging, boulevard, kawasan santai, kerusi untuk ber­istirehat serta beberapa kemudahan untuk bersenam pon ada!

“Sambil mengawasi anak-anak bermain pancuran air atau berendam di kolam, ibu bapa boleh berehat di kawasan tempat duduk yang disediakan di sekeliling kawasan tersebut atau boleh duduk di kawasan berumput yang di sediakan.

Kata Zainal Fitri, pancuran air berirama dan tirai air dengan lampu berwarna warni mulai di pasang dari pukul 8 hingga 11 malam setiap hari.Tambahnya sebelum itu, pancuran air turut dipasang pukul 5 petang hingga 7 malam, namun tanpa lampu warna warni.

Selain itu, kata beliau, kepada yang berhasrat untuk membawa anak kecil ke Bulatan Amanjaya juga tidak perlu bimbang kerana terdapat taman permainan kanak-kanak berskala besar yang pasti menggembirakan mereka.

“Kawasan ini dibuka 24 jam dan secara percuma. Namun kemudahan tandas sehingga pukul 10.30 malam pada hari bekerja manakala sehingga pukul 12 te­ngah malam untuk hujung minggu.

“Pengunjung juga tidak perlu risau dari segi keselamatan kerana kawasan ini dilengkapi 22 unit kamera litar tertutup (CCTV) selain pengawal keselamatan yang bertugas siang dan malam,”katanya.

Yang terbaiknya kedudukan strategik yang terletak bersebelahan sebuah pusat beli-belah terkenal menjadikannya kawasan yang ingin dikunjungi oleh sesiapa sahaja.

“Selain kawasannya yang amat strategik, pelbagai tarikan seperti kolam mandi dan pancuran air sangat mengujakan anak-anak."

Saya boleh bayangkan:
- Bawa anak-anak beli belah di pasaraya
- Makan di gerai-gerai yang banyak di sekitar
- Bawa anak-anak mandi di Kolam!


Wow! Perfect Day!

Thursday, January 26, 2017

Makan Aiskrim untuk sarapan boleh jadikan anda lebih bijak!


Kajian Profesor dari Kyorin University, Yoshihiko Koga: Makan Aiskrim sebagai Sarapan boleh tingkatkan Fokus & Aktiviti Otak!



Teringat Aiskrim ja, terus air liur meleleh.
Terfikir Aiskrim saja pon dah cukup buat hati tenang, minda ceria.
Magiknya Aiskrim ni memang tak boleh dikata apa lagi.
Sampaikan kalau putus cinta pon, ubatnya Aiskrim!

Kajian Aiskrim


Kajian terbaru oleh seorang Profesor dari Kyorin University, Yoshihiko Koga yang dipaparkan dalam laman Web Jepun Excite News membuat perbandingan aktiviti otak peserta yang diberi makan Aiskrim sejurus selepas bangun dari tidur dengan peserta yang tidak.

Lebih Bijaksana

Mengejutkan, peserta yang makan Aiskrim sejurus selepas bangun menunjukkan Respon Otak yang lebih pantas dan mampu memproses Informasi LEBIH BAIK dari peserta yang tidak makan Aiskrim!


Alpha Waves, Aktiviti Otak

Tambahan lagi, Peserta yang makan Aiskrim sebagai sarapan mencatatkan Frekuensi bacaan Alpha Waves yang lebih tinggi!
Alpha Waves yang tinggi ini terbukti memberi Peningkatan Fokus Minda dan mampu mengurangkan Stress Minda.


Lebih Signifikan

Saintis Koga juga menguji peserta dengan Air Sejuk berbanding Aiskrim, dan hasilnya menunjukkan kedua-duanya memberi peningkatan Aktiviti otak, namun peserta yang memakan Aiskrim mencatatkan Peningkatan Aktiviti Otak yang lebih Signifikan!

Wah OK! Ini memang berita paling Gempaq la untuk kaki Aiskrim seantero Malaysia ni!

Kajian yang lebih perlu lagi untuk nak tahu apa spesifik bahan yang ada dalam Aiskrim yang mampu bukan saja bagi kita Ceria, tapi menambah Bijaksana!


Makan Aiskrim hari-hari?? OK jer!